Saturday, December 11, 2010

PRAWN OLIO SPAGHETTI

Hari ini merupakan hari yang agak sibuk bagi ummialya. Pagi tadi sekitar jam 9.30 pagi, ummialya ke sekolah anak sempena Hari Terbuka Tadika Dzul Iman. Alya ada buat persembahan.. nyanyi lagu " Mana Ibu " dan " Satu Jari " bersama2 dengan rakan2 sekelas untuk kelas 4 thn. Sebelum itu, Alya join grup students untuk bacaan Yassin..Pada hari ini juga ummialya buat registration dan bayaran utk tahun depan. Ada jamuan disediakan. Ada nasi lemak, mee goreng dan aneka kuih muih. Selesai majlis dalam jam 12.00tghari.

Balik aje umah, terus tukarkan baju alya..terus ummialya ke Semenyih bersama dengan alya, opah dan atuk untuk menghadiri Majlis Doa Selamat sahabat opah alya yang baru kembali dari menunaikan haji. Makan lagi..kali ni makan nasi beriani pulak.

Sekitar jam 3.00 pm pulak, ummialya bersama alya ke umah rakan ummialya di Sek 5 Bangi sebab dia buat makan2 sempena kejayaannya untuk bertukar sekolah. Ummi makan sikit jer nasi ayam dia sebab dah kekenyangan
...

Kesimpulannya..tengahari ni ummialya gantung periuk belanga..makan free jer hari ni. So untuk dinner malam ni, ummialya masakkan yang agak ringan jer..Prawn Olio Spaghetti jer.. itu pun masak sikit jer sebab opah tak suka spaghetti ni..



Bahan-bahan;
150g spaghetti ( direbus ikut instruction pada paketnya )
7-8 ekor udang ( dibuang kulit )
4 biji cendawan shitake ( dipotong kecil )
1 biji bawang besar ( dipotong dadu )
3 ulas bawang putih ( dicincang )
3 biji cili kering ( dipotong 1/2 inci )

1 sudu besar serbuk Secukup Rasa Maggi
5 sb minyak zaitun
garam secukupnya ( jika perlu )

Cara Menyediakannya : Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering sehingga kekuningan. Masukkan udang dan serbuk Secukup Rasa Maggi. Masukkan cendawan. Letakkan sedikit air dan masukkan spaghetti. Kacau rata dan letakkan garam jika perlu.

NASI LEMAK


Salam sejahtera,

Malam tadi tiba2 tekak ni terasa nak makan nasi lemak sebagai sarapan keesokannya. Kelapa parut ada dlm freezer, ikan bilis memang sentiasa ada dalam balang, cuma yang takde timun dan kacang. So sepantas kilat ummialya ke kedai malam2 buta tadi beli timun dan kacang tanah. Bagi ummialya adalah tidak lengkap nasi lemak itu tanpa kacang goreng dan timun.

Nasi lemak kali ini bukan ummialya yang masak pun..tapi mak ummialya. So bangun jer pagi tadi dah terbau aroma daun pandan dan nasi lemak. Apa lagi sesudah solat, terus mengadap santapan. Ummialya cuma gorengkan telur jer..he he he. Takyah letak resepi ye..sbb nasi lemak ni kan common bagi orang2 kita..lagipun..bukan ummialya yang masaknya pun.

HOMEMADE ALMOND AND MIX FRUITS CHOCOLATE



Beberapa hari lepas, ummialya teringat pada chocolate compound yang masih berbaki lagi. Rasa teringin lak nak buat almond chocolate. Selongkar peti ais..ternampak pulak mix fruits lebihan buat kek raya dulu. So ummialya gabungkan badam dan mix fruits ini sbg filling coklat. Bubuh banyak2 dalam acuan..selalunya kalau beli chocolate mesti kurang jer rasa almond atau raisinsnya. Bila buat sendiri..terasa puas makannya. Ni rupanya bahan2 tersebut dalam acuan. Udah penuh dgn fillings...



Bahan-bahannya:

Chocolate compound ( ummialya guna brand Berylls)
Badam ( dipanggang )
Mix fruits

Cara-caranya : Cairkan chocolate guna double boiler..masukkan 1 sudu dalam acuan ..kemudian letakkan badam dan mix fruits. Tambah lagi chocolate hingga penuh acuan. Sejukkan sekejap dalam freezer. Keluarkan dari acuan dan boleh lah menikmatinya..

Friday, December 10, 2010

ROTI BAKAR, AYAM MASAK MERAH dan SUP LABU AIR

Salam sejahtera,

Hari ini ummialya masak biasa2 jer..takde yang istimewa pun. Takyah ler letak resepi2nya sebab rasanya semua orang tau nak memasaknya.

Sebelah paginya, ummialya buat roti bakar cicah kari ikan lebihan semalam..Ummialya lebih suka bakar roti guna kuali leper berbanding dgn toaster...sapu marjerin kat kedua2 belah roti..pastu bakar atas kuali guna api perlahan jer..kasi garing kedua2 belah roti..sedap!! Pastu cicah dgn kari sambil minum segelas nescafe panas. Mengancam!!!


Untuk lunch pulak..inilah yang dihidangkan untuk famili ummialya termasuklah 2 orang anak buah yang datang bertandang sempena cuti sekolah ni...Ayam masak merah dan sup labu air dengan cendawan jelly hitam.



Tuesday, December 7, 2010

BLUEBERRY CHEESE TART




Salam Maal Hijrah,

Sempena Maal Hijrah ini, ummialya teringin pula nak mencuba resepi blueberry cheese tart. Ummialya amik resepi dari sini...blog favourite ummialya. Suka sangat tengok foto2 masakan Mat Gebu. Dah banyak resepi dia yang ummialya buat..alhamdulillah jadik. Cuma untuk tart yang ummialya buat ni, terpaksa adjust sikit bahan2nya sebab macam lembik sikit masa mengadunnya tu dan ada bahan2 yang tak ada kat dapur ummialya. Bak kata Mat Gebu..terpaksa menderhakakan resepi.Lagi satu ummialya tak guna kulit lemon sebab takde. Ni resepi yang ummialya guna untuk tart ini.

Bahan-bahan :

Pastri
125 g butter ( didadu )
40 g gula halus
1/2 biji telur A
250 g tepung gandum
1 ct esen vanila

Fillings:

250 g cream cheese
60 g gula halus
20 g mentega
100 ml susu cair ( takde whipped cream )
1 biji telur A
blueberry fillings secukupnya.

Cara menyediakan PASTRI : Campurkan tepung dengan gula, Gaul dan ramas butter dengan tepung tadi sehingga jadi serbuk roti. Masukkan telur yang dipukul dengan vanila. Adun sehingga adunan lembut dan tidak melekat. Bulatkan doh dan Balutkan dengan plastik dan sejukkan dalam peti ais kira-kira 20 minit.
Keluarkan dari peti ais doh tersebut, digelek dan diletakkan atas acuan. Kemaskan bahagian tepi acuan. Cucuk doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil. Atas aluminium foil itu, letakkan kacang @ beras untuk dijadikan pemberat supaya doh tak naik ketika dibakar. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180C.
Selepas itu, keluarkan aluminium foil, dan bakar lagi selama 10 minit.

INTI : Putar semua bahan kecuali blueberry fillings sehingga licin.

Untuk menyediakan TART : Masukkan inti kedalam acuan dan sudukan blueberry fillings dan lorekkan hujung sudu untuk dibuat corak. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.