
Selamat pagi,
Pagi ni ummialya sempat menyediakan sarapan utk keluarga...meehoon putih. Oleh kerana meehoon ni ummialya buat tak berapa nak pedas , jadi utk menambahkan kepedasannya.. ummialya buatkan sambal kicap.
Bahan-bahannya :
1/2 paket meehoon ( direndam )
10 ekor udang
4 ekor sotong
3 sudu besar bawang yang dah diblend
2 ulas bawang putih ( diketuk )
10 biji cili padi( ditumbuk )
2 sudu besar sos tiram
sedikit sayur2an seperti karot, sawi, taugeh, bunga kobis, capsicum, daun sup
1/4 ct serbuk lada sulah
garam dan serbuk perasa
minyak utk menggoreng secukupnya
Cara Menyediakannya:
Panas minyak, tumis bawang, bawang putih, cili padi sampai wangi. Masukkan udang,sotong dan sos tiram. Masukkan sayur2an dan garam, lada sulah serta serbuk perasa.Masukkan meehoon dan goreng sehingga masak. Tabur daun sup.
Sambal kicap : Potong beberapa biji cili padi, perahkan 2 biji limau nipis dan masukkan kicap manis dan kicap masin.
No comments:
Post a Comment