Hari ini merupakan hari yang agak sibuk bagi ummialya. Pagi tadi sekitar jam 9.30 pagi, ummialya ke sekolah anak sempena Hari Terbuka Tadika Dzul Iman. Alya ada buat persembahan.. nyanyi lagu " Mana Ibu " dan " Satu Jari " bersama2 dengan rakan2 sekelas untuk kelas 4 thn. Sebelum itu, Alya join grup students untuk bacaan Yassin..Pada hari ini juga ummialya buat registration dan bayaran utk tahun depan. Ada jamuan disediakan. Ada nasi lemak, mee goreng dan aneka kuih muih. Selesai majlis dalam jam 12.00tghari.
Balik aje umah, terus tukarkan baju alya..terus ummialya ke Semenyih bersama dengan alya, opah dan atuk untuk menghadiri Majlis Doa Selamat sahabat opah alya yang baru kembali dari menunaikan haji. Makan lagi..kali ni makan nasi beriani pulak.
Sekitar jam 3.00 pm pulak, ummialya bersama alya ke umah rakan ummialya di Sek 5 Bangi sebab dia buat makan2 sempena kejayaannya untuk bertukar sekolah. Ummi makan sikit jer nasi ayam dia sebab dah kekenyangan...
Kesimpulannya..tengahari ni ummialya gantung periuk belanga..makan free jer hari ni. So untuk dinner malam ni, ummialya masakkan yang agak ringan jer..Prawn Olio Spaghetti jer.. itu pun masak sikit jer sebab opah tak suka spaghetti ni..
Bahan-bahan;
150g spaghetti ( direbus ikut instruction pada paketnya )
7-8 ekor udang ( dibuang kulit )
4 biji cendawan shitake ( dipotong kecil )
1 biji bawang besar ( dipotong dadu )
3 ulas bawang putih ( dicincang )
3 biji cili kering ( dipotong 1/2 inci )
1 sudu besar serbuk Secukup Rasa Maggi
5 sb minyak zaitun
garam secukupnya ( jika perlu )
Cara Menyediakannya : Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering sehingga kekuningan. Masukkan udang dan serbuk Secukup Rasa Maggi. Masukkan cendawan. Letakkan sedikit air dan masukkan spaghetti. Kacau rata dan letakkan garam jika perlu.