Sunday, December 5, 2010

BISTIK

Salam buat semua...
Setiap hari ummialya pasti melawat beberapa blog masakan untuk mendapat idea atau sekadar mencuci mata melihat resepi2 dan foto2 masakan yang menarik..hingga timbul minat untuk mewujudkan blog masakan sendiri. Sesungguhnya hobi ummialaya adalah memasak..suka mencuba resepi..dan of course... suka menikmati makanan.
Jadi dgn semangat berkobar2..tapi tak berapa nak jamin setakat mana dan sampai bila boleh bertahan semangat ni..maka ummialaya lancarkan blog Main Masak-Masak ini.

Resepi pertama yang ummialya nak paparkan di sini ialah masakan yang ummialya buat untuk lunch tadi.. BISTIK ..
Masakan ini adalah masakan yang ummialya pelajari dari keluarga mertua..kira ini masakan kegemaran keluarga mertua..termasuk hubby ummialya sendiri.
Satu lagi..ummialya ni jenis masak tak main sukat-sukat..especially jenis masak lauk pauk..selalunya guna tangan jer..main agak2 jer..pastu rasa..kalau terlebih terkurang..adjust kemudian.


BISTIK

Bahan-bahannya :

Untuk Daging Goreng

1/2 kilo daging
2 biji telur
tepung serbaguna ( ummialya guna tepung "kentucky" )
serbuk lada hitam

Untuk Sup

Sedikit daging ( buat rencah jer )
4 ulas bawang putih ( ketuk )
3 biji bawang besar ( potong bulat dan digoreng layu )
2 biji tomato ( potong bulat )
4 biji kentang saiz besar ( potong wedges dan digoreng )
3 pokok daun bawang ( potong 2 inci )
Setin kecil kacang peas
Setin cendawan butang
2 biji cili merah
serbuk lada putih
sedikit tepung serbagunaditambahkan air untuk memekatkan kuah
minyak
garam
serbuk perasa

Cara membuatnya :
a) untuk daging goreng - daging dipotong nipis dan diketuk tapi tak putus. Gaulkan dengan serbuk lada hitam, pastu celupkan telur dan digolek2 atas tepung dan goreng hingga kekuningan dan rangup.

b) untuk sup- tumis bawang putih, masukkan daging dan air. Bila dah didih, masukkan tepung utk memekatkan sup. Lepastu masukkan bawang besar, tomato, kentang, daging goreng, kacang peas, cendawan butang, serbuk lada sulah, cili merah, garam dan serbuk perasa. akhir sekali masukkan daun bawang.

Nota : Sup ni biasanya sedap dimakan begitu saja ataupun bersama dengan roti.

No comments:

Post a Comment