Monday, December 6, 2010

LEPAT PISANG BERANGAN


Selain daripada sebalang tempoyak, arwah mak teh juga ada memberikan setandan pisang berangan. Itulah untungnya duduk kat kampung...berbudi pada tanah..hasilnya melambak2. Bayangkanlah bila setandan pisang masak..udah naik kembung perut ummialya makan pisang. Itupun ada yang diagih2 kepada adik dan jiran sebelah. Maka pisang yang tinggal tu, ummialaya buatkan lepat untuk minum petang ni tadi.

Bahan-bahannya ;

1 sikat pisang berangan
2 cawan tepung gandum
gula ikut selera masing2
kelapa parut putih yang digaulkan dengan sedikit garam
daun pisang ( dilayur)

Cara menyediakannya : Lecek pisang, masukkan gula dan tepung. Kacau sehingga sebati. Letakkan2 sudu adunan dalam daun pisang, taruh inti kelapa dan dilipat. Kukus selama kira-kira 15-20 minit. Hidang ketika sejuk.

No comments:

Post a Comment